
Latihan Penyeliaan PUNCAK_Tahap 3
(Profesional • Unggul • Nilai • Cekal • Akauntabel • Kepimpinan)
Program Latihan Penyeliaan PUNCAK (Tahap 3) merupakan tahap tertinggi dalam Rangka Kerja Kepimpinan Penyeliaan Crest Dynamics. Ia direka khusus bagi penyelia berpengalaman dan pemimpin pertengahan yang bersedia beralih daripada pengurusan operasi kepada kepimpinan strategik yang berasaskan nilai, daya tahan dan pengaruh organisasi.
Pada tahap ini, peserta akan memperkukuh keupayaan kepimpinan mereka dalam mengurus perubahan, membina ketahanan psikologi (resilience), dan memimpin pasukan merentas jabatan dengan keberkesanan tinggi. Program ini menggabungkan pendekatan kepimpinan strategik, psikologi organisasi, neurosains dan kemahiran komunikasi pengaruh bagi membentuk pemimpin yang mampu memimpin perubahan dengan integriti dan visi.
Melalui pembelajaran berasaskan senario, simulasi strategi, tugasan projek dan sesi reflektif, peserta akan mempelajari cara menyelaraskan objektif pasukan dengan strategi organisasi, menggalakkan inovasi, serta membina budaya kerja yang berteraskan kepercayaan dan akauntabiliti.
Graduan program ini akan muncul sebagai pemimpin strategik yang cekal, berwawasan, dan berintegriti, bersedia memainkan peranan penting dalam transformasi organisasi.
Course Objectives
Selepas menghadiri kursus ini, para peserta akan dapat:
- bralih daripada pengurusan taktikal kepada kepimpinan penyeliaan strategik.
- menerapkan pembuatan keputusan berasaskan data dan pengurusan KPI bagi meningkatkan produktiviti.
- memimpin inisiatif Lean dan Kaizen untuk penambahbaikan berterusan serta pengurangan pembaziran.
- memupuk budaya pembelajaran melalui bimbingan (mentoring), kejurulatihan (coaching), dan pembangunan bakat pasukan.
- menghadapi cabaran Industri 4.0 melalui kebolehsuaian dan literasi digital.
- mengurus kerjasama rentas jabatan serta memupuk daya tahan organisasi.
- memandu peningkatan prestasi mampan yang sejajar dengan matlamat perniagaan.
Course Contents
- Peranan Penyelia Kanan yang Berkembang
- Pengenalan kepada Industri 4.0
- Pembangunan Individu dan Pembinaan Budaya Pembelajaran
- Pengurusan KPI dan Keputusan Berasaskan Data
- Alat Lean
- Lean Sensei: Memimpin Projek Lean untuk Penambahbaikan Berterusan
- Penyelesaian Masalah Lanjutan: PDCA dan Laporan A3
“Elevate your standards, develop disciplined excellence, and create a culture where growth becomes natural and unstoppable.”
Next Step: Contact us to design your training.


Latihan Penyeliaan PUNCAK_Tahap 3
Duration:
14 Hours
Targeted Audience:
- Senior Engineers
- Senior Supervisors
- Senior Technicians
- QCC
- Those Interested
Methodology:
Lecture, Brainstorming, Experiential learning, Neuro-Accelerated Learning Techniques, Neuro-Reflection, Real-play, Micro-Learning Bursts, Peer Learning, Digital integration, Videos, Case Study.
Award:
Certificate of Achievement

