
Kemahiran Kepimpinan Penyelia
Seseorang penyelia yang tidak dilatih, tak akan maju. Dia akan tetap di tahap pekerja biasa, dan bukannya sebagai seorang penyelia yang ditanggungjawabkan untuk memimpin warga pekerja. Ramai diantara penyelia gagal untuk memahami kepimpinan dan mudah terikut dengan emosi untuk memimpin. Ada pula meniru sikap dan personaliti orang lain. Di sinilah kesilapan mereka. Nasihat kami, “Janganlah mengurus kedudukan kamu, belajarlah cara untuk mengurus orang lain. Cubalah memimpin persepsi dan aktiviti pekerja sebagai seorang pemimpin.”
Topik-topik yang akan disampaikan dalam kursus ini diantaranya adalah delegasi, coaching, pengurusan prestasi pekerja, cara menagani konflik, kaunseling pekerja, penambahbaikkan kerja dan proses.
Kursus ini akan membimbing para peserta apa yang tidak dibimbing di fakulti pengurusan. Pelatih kursus ini akan membawa para peserta melalui suatu proses pembelajaran untuk mengalihkan corak penyeliaan ke kepimpinan.
Course Objectives
Selepas menghadiri kursus ini, para peserta akan dapat:
- membangunkan kemahiran untuk memilih tugas yang sesuai untuk diwakilkan: Menilai tugas untuk delegasi berdasarkan kerumitannya dan kemahiran ahli pasukan.
- memantau dan menyokong kerja yang ditugaskan: Pelajari strategi untuk menjejak kemajuan dan memberikan sokongan, serta maklum balas kepada pekerja.
- menggunakan prinsip dan teknik teras bimbingan dan bagaimana ia berbeza daripada gaya pengurusan lain.
- melaksanakan serta menetapkan matlamat SMART dan melaksanakan pembangunan pekejra yang sesuaikan kehendak majikan.
- memberikan maklum balas dan pengiktirafan yang membina: kebolehan untuk menyampaikan maklum balas yang membina penambahbaikan dan mengiktiraf pencapaian.
- menangani isu prestasi pekerja dan menyokong untuk memperbaiki cara kerja serta menrancang pelan tindakan.
- mengamalkan strategi komunikasi yang berkesan untuk mengurangkan ketegangan dan memudahkan penyelesaian.
- memupuk persekitaran kerja yang positif dengan melaksanakan strategi untuk mencegah konflik dan menggalakkan budaya tempat kerja yang kolaboratif dan hormat-menghormati.
- mempraktikkan langkah dan teknik utama yang terlibat dalam menyediakan kaunseling pekerja yang berkesan.
- mengenal pasti peluang untuk memperbaiki proses dan cara kerja.
- melaksanakan inisiatif penambahbaikan untuk meningkatkan proses dan kemahiran pekerja berdasarkan peluang yang dikenal pasti.
Course Contents
- Penyelia Sebagai Pemimpin – Peranan, Tanggungjawab dan Akauntabiliti
- Kemahiran Komunikasi
- Pengurusan Kerja dan Delegasi
- Mengurus Prestasi Pekerja
- Menyelesaikan Masalah Proses dan Pekerja
- Penambahbaikan Cara Kerja dan proses
- Menagani Konflik di tempat Kerja
- Pengurusan Prestasi Kerja – Memberi Maklum Balas
- Coaching dan Kaunseling Pekerja
- Membina Keyakinan Pekerja

Kemahiran Kepimpinan Penyelia
Duration:
14 Hours
Targeted Audience:
- Supervisors
- Asst. Supervisors
- Technicians
- Administrators
- Team Leaders
- Those Interested
Methodology:
Lecture, Brainstorming, Case Study, Videos, Role-play, Educational Games, Basic Psychology, Neuro-Accelerated Learning Techniques.
Award:
Certificate of Achievement