Latihan Penyeliaan KADET_Tahap 1

Latihan Penyeliaan KADET_Tahap 1

(Kualiti • Amanah • Disiplin • Efektif • Terlatih)

Program Latihan Penyeliaan KADET (Tahap 1) merupakan tahap asas dalam Rangka Kerja Kepimpinan Penyeliaan Crest Dynamics. Ia dirangka khas bagi membantu penyelia baharu atau individu yang baru dinaikkan pangkat memahami asas kepimpinan diri, tanggungjawab, komunikasi dan kesedaran pasukan — elemen penting bagi melangkah dari peranan pelaksana kepada pembimbing pasukan.

Peserta akan mempelajari bagaimana sikap, disiplin diri dan gaya komunikasi mereka memberi kesan langsung terhadap prestasi pasukan dan budaya kerja. Melalui pembelajaran reflektif, aktiviti berkumpulan dan latihan praktikal, peserta akan membina keyakinan dalam menetapkan jangkaan, memberi maklum balas, dan memastikan akauntabiliti dalam kalangan ahli pasukan.

Selain pembentukan minda kepimpinan, kursus ini turut memberi pendedahan kepada kemahiran operasi asas seperti penyelarasan tugasan, pemantauan prestasi, pelaporan ringkas, serta mengurus cabaran kaizen dan penyelesaian masalah di tempat kerja.

Pendekatan pembelajaran K.A.D.E.T. menekankan kaedah pengalaman (experiential learning) berasaskan sains neurosains dan psikologi tingkah laku bagi memastikan peserta bukan sahaja memahami apa yang perlu dilakukan sebagai penyelia, tetapi mengapa ia penting kepada organisasi.

Menjelang tamat kursus ini, peserta akan memiliki asas kepimpinan yang kukuh — berdisiplin, berkomunikasi berkesan dan bertanggungjawab — sekaligus bersedia untuk mengikuti tahap seterusnya, Latihan Penyeliaan T.E.R.A.S., bagi mengukuhkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan prestasi.

Course Objectives

Selepas menghadiri kursus ini, para peserta akan dapat:

  • memahami peranan, tanggungjawab, dan jangkaan terhadap seorang penyelia.
  • menunjukkan akauntabiliti dan rasa tanggungjawab dalam mencapai matlamat pasukan.
  • berkomunikasi dengan berkesan di semua peringkat hierarki.
  • mengendalikan sesi taklimat harian dan maklum balas dengan jelas dan yakin.
  • menerapkan prinsip 5S untuk mengatur dan mengekalkan kecekapan tempat kerja.
  • melaksanakan konsep Kaizen bagi mengenal pasti dan mengurangkan pembaziran.
  • menggunakan kaedah penyelesaian masalah asas untuk memastikan operasi berjalan lancar.

Course Contents

  1. Peranan, Tanggungjawab, dan Akauntabiliti Penyelia.
  2. Mengimbangi Keputusan, Individu, dan Proses.
  3. Peralihan Pemikiran: “Daripada Pekerja kepada Pemimpin.”
  4. Komunikasi Berkesan di Lantai Pengeluaran.
  5. Pengurusan Tempat Kerja melalui 5S.
  6. Kaizen Dipermudahkan.
  7. Kaizen dan Penyelesaian Masalah Asas.

“Build strong habits, disciplined mindsets, and foundational behaviors that prepare young talents for future success.”

Next Step: Contact us to design your training.

Latihan Penyeliaan KADET_Tahap 1

Duration:

14 Hours


Targeted Audience:
  • New Supervisors
  • Potential Supervisors
  • Supervisors
  • Team Lead
  • Those Interested

Methodology:

Lecture, Brainstorming, Experiential learning, Neuro-Accelerated Learning Techniques, Neuro-Reflection, Real-play, Micro-Learning Bursts, Peer Learning, Digital integration, Videos, Case Study.


Award:

Certificate of Achievement


Kindly Contact Us for Training Proposal.